Friday, 27 July 2012
Nizar Lambai Gila Bergambar
Disebabkan bekas Menteri Besar Perak ni suka melambai². Akhirnya dia sendiri tak sedar motor yang diisikan minyak tersebut bernombor plat BN kah kah kah.
Aku rasa kalo orang yang tegar dan taksub kpd parti, apa saja yang berkenaan parti lawan mesti akan ditanggalkan atau dibuang sebab dah terlalu benci sangat.
Tapi dalam kes Nizar ni, dia sendiri terlupa motorsikal ni bernombor plat seperti lawan politiknya, BN = BARISAN NASIONAL
Apa-apa sajalah Nizar
Wednesday, 25 July 2012
@NajwanHalimi Jangan Main Bangsat
Budak kacukan Jawa - Cina - Siam - India (sikit pun takda darah Melayu) ni dah boleh dah disebat dengan batang buluh kat bontot dia kerana menyamakan Ulama dengan lembu adalah sesuatu perkara yang tak dapat diterima dan sangat biadap.
Apa salahnya Majlis Ulama yang bernaung di bawah UMNO??
Adakah Majlis Ulama ini telah meramas teloq Najwan sehingga dia merasakan terlalu senak untuk berkata² lebih baik?
Kelab Ulama Lembu 1 Malaysia (KUL1M) - Penasihatnya Zulkilfi Noordin.
Memang kurang ajar budak ni, saya rasakan antara orang yang paling patut dipijak selepas Adam Adli ialah budak Najwan ni. Berani mempersendakan Ulama yang berjuang menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia ini.
Kebiasaannya apabila perkara begini terjadi ialah disebabkan terlalu mengikut telunjuk Parti Ajaran Sesat (PAS). Mereka mengagungkan Ulama Politik, Nik Aziz sehingga apa yang dituturkan oleh Nik Aziz dianggap sebagai perkara yang benar tanpa perlu menyiasatnya terlebih dahulu.
Bagi golongan² muda seperti budak hingusan ini, mereka suka merujuk kepada Ustaz² popular PAS seperti Azhar Idrus, Tantawi, Bob Lokman dan Nik Aziz. Apabila perkara ini terjadi, maka rujukan mereka yang semenangnya mempunyai dendam kepada parti memerintah. Mereka akan mengeluarkan pelbagai dakyah dan fatwa dengan tujuan untuk memupuk perasaan benci terhadap kerajaan.
Mengapa ini terjadi?
Kerana golongan muda hari ini mahukan input dan sumber rujukan yang mudah. Contohnya, bertanyakan soalan mengenai agama kepada Ustaz melalui Facebook ataupun Twitter. Kemudian, Ustaz pun jawab dan si penanya tadi terus mengambil jawapan tersebut sebagai jawapan sah dan tidak diragui lagi. Seharusnya jawapan yang diterima, mestilah dirujuk kepada beberapa orang Ustaz (tidak berideologi politik) dan harus juga merujuk pada kitab² Sunnah Rasulullah S.A.W.
Inilah perkara yang menjahanamkan Islam sebenarnya apabila persepsi dilemparkan oleh orang yang berpengaruh menggunakan landasan agama demi kepentingan karier politik.
Ini adalah barisan Ulama Muda yang sanggup menghabiskan masa muda mereka untuk melihat Islam terus berkembang dan dipertahankan di tanah air tercinta ini.
Ada orang kata juga, nak tau siapa yang akan menghalang Islam dari terus tersebar luas. Orang itu adalah kaum Yahudi yang juga boleh dianggap sebagai Dajal. So adakah benar jika Najwan boleh diklasifikasikan sebagai Dajal?
Sumber : RH
Pembangkang Sibuk Menabur Fitnah Tapi Mana Pergi Rosmah?
Alhamdulillah, inilah ayat pertama yang terpacul keluar dari mulut setelah melihat gambar ini. Tiada apa yang boleh dibanggakan apabila Rosmah Mansor sebenarnya sedang sibuk mengejar ganjaran akhirat daripada melayan karenah bangsat Pembangkang.
Pembangkang masih mahu membuat fitnah ker Rosmah Mansor sedang bertadarus ni?
Anugay Dah Ada Jambu Baru Sanggup Berkorban
Tapi yang sebenarnya apa yg nampak adalah mamat ni sbnrnya risau dengan populariti jenama 1Malaysia yang telah diilhamkan oleh PM kita kalau tidak takkanlah dia boleh keluarkan statement bangang macam ni di Twitter miliknya.
Tahniah Datuk Seri Najib Razak. Jenama 1Malaysia telah berjaya buat puak2 ni panas pungkoq dan tak lena tido malam. Semoga Datuk Seri terus dapat ilham untuk wujudkan lebih banyak lagi Jenama 1Malaysia biar puak2 ni makin tak keruan.
Lidah adalah antara penyebab manusia dihumban ke neraka. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis:
وهل يكب الناس علي وجوههم في النار الا حصائد السنتهم
"Tidakkah hasil tuaian lidah manusia itulah yang menghumbankan mereka. dalam neraka?"
Tuesday, 24 July 2012
Nasib Penjaja Cina Dibela Di Seputeh Oleh Teresa Cock
Sebuah kawasan Parlimen yang hanya mempunyai kira-kira 95% penduduk Cina dan diwakili oleh seorang Wakil Rakyat @ Member's of Parliament (MP) pemalas.
Menang pada Pilihanraya Umum 2008 dengan majoriti tertinggi di dalam Malaysia iaitu 36,492 undi mengatasi calon Barisan Nasional daripada komponen MCA.
Nama Teresa Cock mungkin tidak asing bagi dunia politik. Seorang MP yang timbul di dada-dada akbar apabila adanya isu berkaitan perkauman antara Cina dan Melayu.
Namun untuk timbul di dalam kawasan Parlimen Seputeh, memang jauh panggang dari api. Hanya pegawainya saja yang akan turun padang mendengar rintihan rakyat tempatan. Itu pun kalaulah si pegawai Teresa Cock ada masa, kalau tidak jangan berharap jugalah.
Disebabkan kegagalan MP yang mempunyai 7 jawatan penting. Ketamakan Teresa Cock menjawat pelbagai jawatan inilah yang menyebabkan dirinya dianggap sangat tak berguna oleh penduduk Cina tempatan.
Sebagai contoh penduduk Cina tempatan yang telah berniaga lebih 30 tahun di dalam Parlimen Seputeh, nasib mereka langsung tidak pernah dipedulikan oleh MP di sini.
Penyudahnya parti 66 tahun membela rakyat ini lah juga yang sanggup bersusah payah membantu 81 orang peniaga Cina untuk mendapatkan lesen perniagaan.
Tahniah kepada UMNO Seputeh yang terus berkhidmat di sini untuk rakyat pelbagai kaum.
UMNO diyakini oleh rakyat.
Sent via My BlackBerry® Smartphone Powered By Barisan Nasional
Tuesday, 17 July 2012
Apa Dah Jadi Dengan UDA Holdings?
Monday, 16 July 2012
RM100 juta Dana Bagi Kerja-kerja Sukarelawan Belia #1M4U
Pelancaran 1Malaysia 4 Youth (1M4U) telahpun selesai disempurnakan oleh YAB PM semalam yang telahpun dihadiri oleh lebih 50,000 orang di Esplanade KLCC. Majlis tersebut bukan saja mendapat sokongan daripada golongan muda tetapi juga daripada pengunjung pelbagai peringkat umur.
Tambah beliau, dana ini juga merupakan 'seed money' bagi para belia gunakan dalam menjalankan sebarang aktiviti yang berasaskan sukarelawan.
"Apa-apa aktiviti berbentuk sukarelawan seperti gotong-royong, membersihkan kawasan pantai layak memohon dana ini,"- PM Najib Razak.
Sunday, 15 July 2012
Seronok Betul Haiwan-Haiwan Ada Sukarelawan Datang Bersihkan Zoo
Aktiviti ini dirasmikan oleh Datuk Hj Megat Zulkarnain b Tan Sri Omardin, Penyelaras Parlimen Gombak. Beliau ketika ditemuramah berpuashati dan seronok dengan kehadiran generasi muda yang mendaftar sebagai #1M4Uvolunteers untuk melakukakan aktiviti kebajikan secara sukarela di Parlimen Gombak
"Sejak 2008 PRU12 saya sering mengadakan dialog dengan anak-anak muda dan mendengar alasan mereka menolak kita dan menyokong pembangkang yang tidak logik bagi kita tetapi munasabah bagi mereka" kata Datuk Megat ketika ditanya tentang sokongan anak-anak muda Gombak kepada kerajaan.
Menurut beliau lagi, anak-anak muda kini lebih rasa selesa dengan pendekatan Barisan Nasional terutamanya dengan usaha YAB Perdana Menteri kerana mereka tidak mahu berpolitik sepanjang masa.
"Saya ingin berpesan kepada golongan belia khususnya anak-anak muda supaya berfikiran rasional sebelum membuat keputusan demi kepentingan semua dan masa depan mereka"
#1M4Uvolunteers yang terlibat kali ini adalah dari kalangan pelajar IPT & IPTS seperti dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kolej Taylor dan Master Skill yang mendaftarkan diri mereka untuk menjadi sukarelawan #1M4U.
Virus #1M4U Melanda Seluruh Lembah Kelang @umbkl
Thursday, 12 July 2012
Rosmah Malas Layan Fitnah Pembangkang
Penaung PERMATA Negara, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor menjelaskan, tindakan tersebut sedikitpun tidak mencacatkan usaha beliau dalam memastikan program murni yang beliau terajui itu memberi khidmat kepada masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak.
"Sekarang ini nak minta Bajet lebih sikit dari Kerajaan (untuk buka Pusat Anak PERMATA Negara) pun, Kerajaan kata tak boleh. Minta sahaja dekat Parlimen, 'orang belah sana' kata Itu Rosmah punyalah tu", katanya dalam Ucapan Perasmian Pusat Anak PERMATA Negara kawasan Kerinchi di sini hari ini.
Beliau turut menyatakan rasa kesal kerana Program PERMATA adalah sangat murni dalam mendidik anak-anak kecil dengan pelbagai pendedahan menerusi modul-modul yang diterapkan.
Sambil tidak mengendahkan pandangan Pembangkang, isteri Perdana Menteri itu berharap agar program PERMATA dapat memberi sokongan penuh dari kesemua masyarakat di Negara ini.
Turut hadir pada Majlis tersebut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Senator Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan isteri.
Majlis Perasmian yang dihadiri hampir 2 ribu masyarakat tempatan turut diserikan dengan persembahan dari kanak-kanak didikan Pusat Asuhan tersebut.
Confirm DAP Jadi PM Selepas Anwar AlJuburi
Tuesday, 10 July 2012
Sedekahkan Al Fatihah Kepada Arwah Imam Mahadi
Aku rasa tak salah kalo kita doakan kesejahteraan dia. Oleh itu, aku mohon pada korang semua, sedekahkan bacaan umul kitab kepada dia.
Al Fatihah
Sent via My BlackBerry® Smartphone Powered By Barisan Nasional
Monday, 9 July 2012
LIVE Pentas Pidato Pemuda UMNO Di Wangsa Maju
Bagi yang berkesempatan dan mempunyai masa terluang sekarang ini, boleh la pakat datang ke Dataran Pusat Khidmat Aktiviti Masyarakat Blok E/F Seksyen 1, Wangsa Maju.
Antara tetamu yang hadir dan berkemungkinan akan berpidato ialah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Dato' Razali Ibrahim, Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju, YBhg Dato' Dr. Hj Mohd Shafei Abdullah, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Y.Bhg Datuk Rizalman Dato' Mokhtar.
Kalo dah dekat tu, jomlah turun sama-sama. Bagi terbakar sikit Wangsa Maju.
Untuk rekod, jumlah kehadiran sekarang ini sudah mencecah hampir 1,000 orang. Panas.. Panas..
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
Dah Takda Modal Dah UMNO Hari Ini - Pembangkang
Kejadian bermula apabila kedua-dua penjenayah lelaki dan perempuan itu berjaya merempuh sekatan pengawal keselamatan yang tidak bersenjata dan mara hingga ke kawasan taman di tengah Kompleks JPM.
Pihak Polis yang cuba menenangkan keadaan tidak berjaya dan Polis telah memberi tembakan amaran sebanyak 3 kali, namun tak diendahkan.
Namun tindakan susulan terpaksa diambil apabila penjenayah cuba menyerang Polis dengan senjata tersebut. Polis terpaksa melepaskan menembak mengenai kedua-dua penjenayah. Penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan telah ditembak di kaki.
Motif serangan belum diketahui. Mungkin dah tak tahan nak jadi Kerajaan ataupun mungkin mereka cuba merompak Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.
INI SEMUA KERJA UMNO
Sent Via BlackBerry® Smartphone Powered By UMNO
Sunday, 8 July 2012
Pulau Pinang Bakal Jadi Negara
i.) Majlis Bandaraya Pulau Pinang meluluskan pembinaan bangunan kediaman berketinggian 3 - 4 kali ganda dari yang ada sekarang.
ii.) Kepadatan bangunan dalam seekar tanah telah bertambah dari 30 unit kepada 87 unit dan ia menjadi semakin padat apabila melibatkan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana rendah.
iii.) Dalam tempoh 2 tahun sahaja perubahan pelan pembangunan telah menyebabkan masalah besar Kawasan Hijau menipis, TRAFIK yang teruk dan kenaikan harga hartanah.
Persoalannya :
i.) Siapa yang akan mengisi bangunan kediaman mahal yang berharga jutaan ringgit seunit itu?
ii.) Pecahan kelompok kaum yang ada sekarang akan hilang dan diganti oleh satu kaum yang DOMINAN, kaum yang mana satu ?
iii.) Akan dipertahankah kepelbagaian keperluan kaum minoriti apabila sesebuah negeri telah di kuasai sepenuhnya oleh kelompok DOMINAN ?
iv.) PAKATAN RAKYAT kononnya memperjuangkan kesamarataan, apakah keadaan ini mewujudkan KESAMARATAAN apabila sesebuah negeri menafikan peluang kaum lain dalam persaingan yang semakin mengganas. Kaum yang KUAT akan terus kuat, dan kaum yang lemah, semakin lama semakin terpinggir.
FIKIR-FIKIRKANLAH..
PAS BERTAKBIRLAH terus bila LIM GUAN ENG berucap, kerana kamu telah mengangkat kaum KAFIR itu setaraf dengan Sahabat Rasulullah S.A.W
Sumber : Anti-Pakatan Rakyat Club
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
Thursday, 5 July 2012
PM @NajibRazak & Rosmah Terlalu Kebal Untuk Diserang
.jpg)
Oleh kerana keadaan Perdana Menteri, DS Najib Razak sekarang ini terlalu ampuh dan sukar diserang serta tak makan dek difitnah, maka seluruh askar upahan dajal dalam Pakatan Pembangkang terpaksa mencari jalan alternatif lain dengan menjadikan isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor sebagai sasaran utama mereka.
Mungkin inilah harga yang perlu dibayar oleh DS Rosmah setelah bergelar isteri kepada Perdana Menteri. Sikap berdiam diri dan tidak memperduilkan segala fitnah yang dilempar, telah membuatkan pemimpin dan penyokong Pembangkang sentiasa berada dalam kepanasan dan terus berusaha menabur fitnah hingga ke hari kiamat.
Dari sudut padangan mereka, Pembangkang melihat DS Rosmah sebagai kunci utama kelemahan Najib Razak. Oleh itu ia menjadi sebahagian daripada 'master plan' Pakatan yang dirancang oleh Anwar untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU13 akan datang.
Sudah terlalu banyak fitnah berat lagi jahat telah ditohmah ke atas batang tubuh DS Rosmah. Dari tuduhan membunuh Altantunya, pembelian cincin berharga RM24 juta hinggalah fitnah terbaru Pembangkang sekarang ini iaitu cubaan untuk melaga-lagakan pihak RTM, TV3 dengan isteri Perdana Menteri apabila dua setesen tv tersebut didakwa oleh Pembangkang telah meletakan 'title' DS Rosmah sebagai Pedana Menteri di dalam salah satu rancangan siaranya.
Bagi mereka yang tidak pernah meyelidik perkara-perkara fitnah seperti ini, pasti akan terus mempercayainya. Sekarang ini pun, fitnah terbaru terhadap DS Rosmah telah tersebar dan menjadi buah mulut serta kepercayaan seluruh penyokong Pakatan Pembangkang.
Tabik hormat kepada Pembangkang wajar diberi di atas kehebatanya dalam mereka fitnah. Fitnah seperti inilah yang selalu disebut dalam kitab kemudian dingatkan kepada kita semua akan fitnah akhir zaman sebelum kemunculan Dajal untuk memimpin golongan manusia seperti pemimpin dan penyokong Pembangkang ke arah kesesatan sekaligus akan dihumban ke dalam neraka jahanam selagi mereka tidak mahu bertaubat.
Diharap kepada DS Rosmah dapat bersabar melayani segala macam fitnah yang dilempar oleh Pakatan Pembangkang. Yakinlah dengan pertolongan dan balasan dari Allah. Buatlah yang terbaik untuk anak bangsa dengan menggunakan kedudukan kamu sabagai isteri kepada Perdana Menteri.
Sumber : Penggempur Mutiara
Tahniah ! Ketua Pemuda Seputeh Bidas Pengusan UDA
![]() |
![]() |
![]() |
Wednesday, 4 July 2012
Blog Rezqeen Hill Pula Hilang
Musnahnya Empayar Blog RezqeenHill dalam sekelip mata sahaja gara-gara serangan virus melalui email.
SP amat bersimpati dengan nasib beliau kerana sampai saat artikel ini disiarkan beliau masih buntu mencari jalan penyelesaian untuk blog beliau.
Agaknya ada pihak yang cuba nak sabotaj blog RH kot sebab boleh dikatakan blog tue memang kerap menyiarkan artikel-artikel panas lebih2 lagi tentang YB2 malas oppositions.
Takpelah RH anggaplah semua ini dugaan kepada seorang Pejuang Tegar. SP doa mudah2an ada jalan penyelesaian untuk blog RH.
Walau apa pun, perjuangan tetap diteruskan.
Sumber : Puteri Segambut
Hanya Di Malaysia, Kerusi Khusyuk Mendengar Ceramah Kotor PAS



Demikianlah yang berlaku ketika Perjumpaan Pengundi PAS Kedah Luar Kawasan di Lembah Kelang Bersama Pimpinan PAS Kedah baru-baru ini.
Persediaan mereka adalah untuk seramai 2,500 orang tapi yang hadhir adalah 250 orang bersama penganjur dan pekerja parti semalam Jun 30hb di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya, Seri Kembangan.
Kehadhiran dua pihak bersaing iaitu Menteri Besar Dato Sri Azizan dan kepala kumpulan erdogan kedah, Dato Mahfuz "Mr Bean" Omar tdak angsung jadi tarikkan.
Makanan yang ditempah untuk seramai 2,000 orang itu membazir saja hingga terpaksa dibawa balik oleh orang-orang Serdang yang merupakan 90% dari yang hadhir. Kerusi sebanyak 900 orang itu kelihatan begitu lengang sekali.
Sumber : AAKJ
Apabila Pembangkang Cuba Membodohkan Diri
Monday, 2 July 2012
Angan-Angan PAS
Pertengahan tahun lalu, PAS pernah menyuarakan hasrat yang sama namun beberapa bulan kemudiannya terpaksa akur dengan tekanan Anwar Ibrahim dan PKR yang mahu PAS kekal bertanding di 66 kerusi seperti dalam PRU 2008.
Menurut Presiden PAS, Hadi Awang, "Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang".
Tinggi angan-angan PAS nak menjadi tulang belakang, walhal situasi sejak dulu hingga sekarang, PAS nak tonjolkan kejantanannya dalam apa saja mesyuarat pemimpin pembangkang pun tak mampu dilakukan.
Waima prinsip juang sendiri untuk mendirikan Negara Islam ala PAS dan hukum Hudud pun PAS terpaksa digadaikan demi mengikut kehendak DAP dan PKR, agaknya di mana pula logik untuk PAS menjadi tulang belakang pakatan?
Sebetulnya dalam mesyuarat pimpinan PAS beberapa minggu lalu, satu unjuran telah dibentangkan membayangkan PAS hanya berpeluang menang di 20 buah kerusi parlimen sahaja berikutan penolakan besar-besaran oleh pengundi Melayu Islam.
Satu cara untuk mengurangkan impak penolakan tersebut ialah dengan menunjukkan 'kejantanan' dalam pembahagian kerusi dengan PKR khususnya.
PAS berpendapat dengan merampas beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh rakan sebatalnya PKR, para pengundi Melayu Islam akan melihat PAS 'masih jantan' dan bukannya keldai jantan yang asyik ditunggang oleh Anwar dan pembangkang.
Himpunan Hijau yang PAS laksanakan di merata negeri di seluruh negara sekarang inipun matlamat utamanya untuk tunjukkan dirinya ada kekuatan bagi memberi isyarat pada Anwar, PKR dan DAP konon PAS bukannya seekor keldai sebarangan.
Walau hakikatnya sebahagian besar peserta himpunan yang datang diimport khas dengan bas dan kereta serta mendapat upah pengangkutan, tapi PAS berpendapat itu satu-satunya cara bagi memenangi pertarungan merebut kerusi dengan rakan sepakatan.
Namun, melihat pada mentaliti pimpinan PAS yang masih erat dengan pemikiran pak kaduk, keputusan akhir kelak akan balik semula sama seperti pembahagian kerusi tahun 2008.
PAS akan terus tunduk pada PKR dan Dap serta kekal menjadi keldai tunggangan pembangkang kecualilah kalau Anwar Ibrahim merasakan dirinya sudah di penghujung senja.
Post Guna BlackBerry® Je















